Monday, June 04, 2007

Islam dan Demokrasi



Islam dan Demokrasi
Abdul Hadi Awang,
PTS Islamika

Harga: RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 192 halaman



Sinopsis:

“Tiadalah kami lupakan sesuatu pun di dalam al-kitab, kemudian kepada Tuhan mereka dihimpunkan.”
(Surah al-An'am: 38)

* Bagaimanakah politik daripada kaca mata Islam?
* Wujudkah demokrasi dalam Islam?
* Adakah sama demokrasi barat dan demokrasi Islam?
* Adakah Islam menerima demokrasi sebagai salah satu sistem politik?
* Bagaimanakah pandangan Islam berkaitan dengan pilihan raya?

Ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan. Apatah lagi politik. Bermula dari era kebangkitan dunia barat, konsep demokrasi diperkenalkan. Namun begitu, sejauh manakah ciri-ciri demokrasi yang dipraktikkan kini selari dengan sistem politik Islam yang bermula di Madinah pada tahun 622 Masih?

Buku Islam & Demokrasi cuba mengupas konsep dan aplikasi sistem demokrasi dalam Islam. Antara perkara-perkara utama yang dibincangkan di dalam buku ini adalah:

- Politik dalam Islam
- Pilihan raya daripada kaca mata Islam
- Sistem Sekularisme
- Demokrasi barat dan demokrasi Islam

Thursday, May 31, 2007

15 Teknik Efektif Internet Marketing



15 Teknik Efektif Internet Marketing
Mohd Fuad Abdul Latip,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 25.00 / RM 28.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 256 halaman



Sinopsis:

Semakin ramai yang klik laman web anda, semakin besar peluang anda meraih keuntungan! Tetapi bagaimana kaedah efektif yang dapat menarik perhatian umum mengunjungi laman web anda?

15 Teknik Efektif Internet Marketing dengan cara real time hands on memudahkan pembaca terus mempraktikkan setiap teknik yang dipelajari tanpa perlu membaca keseluruhan buku ini. Disajikan bersama dengan segala maklumat lengkap, teknik komprehensif dan trend terkini bagi mempromosikan laman web.

Usahawan, eksekutif pemasaran, konsultan, pereka laman web dan individu umum pasti mendapat manfaat daripada buku ini kerana ia membantu anda:
- Mempromosi web tanpa membazir masa dan wang
- Menambah pengunjung laman web dengan mudah dan cepat
- Memperluaskan hit pengunjung melangkaui sasaran dan sempadan tempat
- Memasarkan produk, servis dan idea dengan menggunakan newsgroup, mailing lists, e-zines, web rings, affiliate, opt in dan lain-lain lagi
- Memikat pengunjung datang kembali kepada laman web anda

Anda juga berpeluang download banyak bahan maklumat dari laman web penulis dengan menggunakan kata kunci rahsia daripada buku ini. Buku ini dan laman web penulis adalah gabungan yang tiada tandingan!

Laman web: http://www.myorionet.com

Saturday, May 26, 2007

Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian



Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
Dato' Dr. Haron Din, Hassan Din, Ishak Din,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 320 halaman



Sinopsis:

Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.

Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.

Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.

Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:

1.Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan:

Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang?
Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?
Mengapakah kita dimatikan?

2.Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.
3.Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?

Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.

Motivasi Alihan Pelajar



Motivasi Alihan Pelajar
Tengku Asmadi Tengku Mohamad,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 17.50 / RM 20.50 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 272 halaman



Sinopsis:

Buku yang menceritakan semua pengalaman penulis selama lebih 12 tahun mengabdikan diri dalam mengendalikan program Motivasi Alihan Pelajar untuk para pelajar. Ia adalah buah tangan untuk semua. Terutamanya para pelajar yang selama ini tercari-cari rahsia pembelajaran dan kecemerlangan.

Selepas lebih 50,000 pelajar mengikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan selama ini akhirnya saya mengambil keputusan mengabdikan sebahagian daripada pengisian motivasi itu ke dalam buku ini. Apa yang dihidangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman, pengajaran dan pembacaan di mana saya terlibat secara langsung bermula sebagai pensyarah universiti sehingga menjadi perunding motivasi.

Bukan mudah bagi menukar pengalaman kepada bentuk penulisan. Namun begitu saya bersyukur ke hadrat Illahi yang memberikan saya kekuatan, masa dan ilham sehingga memudahkan penulisan buku ini. Saya juga berterima kasih atas sokongan daripada keluarga saya yang memahami dan sama-sama berkorban kerana mahu melihat buku ini berjaya dihasilkan.

Terlalu banyak yang mahu disampaikan. Namun saya memilih bagi memudahkannya supaya para pelajar dapat memahami dan mempraktikkan setiap saranan yang ada di dalam buku ini. Malah sebahagian daripada bahan-bahan ini saya paparkan di laman web www.laman-map.com sejak tahun 1998 lagi. Ramai yang memanfaatkannya dan ada juga yang memuatkannya dalam blog, artikel-artikel dan buku-buku mereka. Sama ada dengan ataupun tanpa kebenaran saya.

Kenapa baru sekarang? Sebab saya percaya apa juga teknik, strategi ataupun pendekatan yang mahu dikongsi-kan lebih bermakna apabila keberkesanannya teruji. Alhamdulillah, setiap strategi serta teknik yang ada dalam buku ini terbukti mampu membantu pelajar cemerlang dalam pelajaran mereka. Setidak-tidaknya cemerlang daripada sudut sahsiah mereka. Ada pelajar sebelum ini yang berada pada kedudukan 40 dalam kelas akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga. Ada pelajar dari kedudukan nombor 28 akhirnya berjaya mendapat tempat pertama. Ada juga semasa peperiksaan percubaan PMR sekadar mendapat 1B, 1C, 4D dan gagal dalam subjek Sains dan Matematik akhirnya mendapat 8A. Ada pelajar yang sederhana pencapaiannya akhirnya berjaya masuk ke universiti. Dan banyak lagi kisah-kisah kecemerlangan mereka yang pernah mendapat manfaat daripada ilmu yang ada di dalam buku ini.

Sekiranya mereka dapat berjaya dengan ilmu yang diperoleh daripada buku ini, saya percaya anda juga boleh. Apa yang penting anda manfaatkan setiap saranan, panduan dan strategi yang saya berikan dan insya-Allah belajar menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Monday, May 21, 2007

rahsia minda jutawan



Rahsia Minda Jutawan
Amar Mahmood,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 150 halaman



Sinopsis:

Buku ini untuk mereka yang ingin membebaskan diri daripada masalah dan kesempitan wang, kesukaran mendapatkan wang dan sentiasa mengalami kegagalan dalam usaha mendapatkan kekayaan dalam kehidupan.

Ia menunjukkan yang anda melaburkan masa dan wang bagi mengetahui dan ingin menggunakan rahsia yang terdapat dalam minda mereka yang berjaya.

Sebenarnya, ramai orang yang tidak begitu yakin menjadi kaya. Saya dapati terdapat pelbagai bengkel yang menyediakan ataupun dijalankan bagi mengajar asas-asas perniagaan, pengurusan kewangan, aspek perakaunan, dan pelbagai lagi pelajaran yang diajar bagi menjadi pemimpin ataupun ketua yang baik.

Bagaimanapun, tidak terdapat modul yang memberi penumpuan pada persediaan ataupun penjanaan minda supaya peserta mempunyai minda yakin bagi berjaya, dan fokus dalam mengejar matlamat perniagaan mereka.

Masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu masih terkebelakang dalam memahami ataupun menggunakan kekuatan minda bagi berjaya ataupun mencapai kekayaan. Program motivasi dan konsep-konsep psikologi yang dianjurkan masih banyak berbentuk membakar semangat perjuangan supaya berjaya (ibarat ubat perangsang) tetapi kurang adaptasi ataupun disiplin yang perlu diamalkan bagi membentuk minda yang betul dalam memulakan langkah-langkah bagi berjaya.

Oleh itu, buku ini bukan hanya memotivasikan ataupun merangsang minda anda supaya menjadi kaya, tetapi ia membuka minda anda.

Saya menerangkan langkah pertama supaya anda berjaya membuat anjakan paradigma supaya anda sentiasa berfikiran positif, berkeyakinan, berfikiran besar dan sentiasa percaya yang kejayaan dan kekayaan itu sebenarnya dekat dalam diri anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah mempraktikkan kaedah-kaedah yang diamalkan oleh jutawan dunia ataupun orang yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Saya tidak menerangkan cara-cara memperoleh kekayaan secara fizikal. Sekiranya itu yang anda cari, saya menggalakkan anda berhenti daripada membaca buku ini dan anda perlu mencari buku-buku pelaburan ataupun kewangan yang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Sebaliknya, buku ini membincangkan kaedah menjadi jutawan dengan cara yang halus.

Saya ingin berkongsi pengetahuan ini dengan tujuan ingin mengubah minda mereka yang sentiasa kecewa dengan apa yang dihadapi, gagal dalam usaha mencapai matlamat dan miskin dengan pengetahuan menjadi lebih berjaya dan berani menjadi orang kaya. Bagi mereka yang berjaya, buku ini menjadikan anda lebih yakin dalam mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Kaedah yang terdapat di dalam buku ini adalah pelajaran ataupun langkah-langkah yang perlu anda ambil bagi mencapai matlamat. Selepas anda berjaya membentuk langkah yang betul, langkah-langkah yang lain menjadi lebih mudah dan lancar tanpa anda duga. Ini kerana anda mempunyai persepsi dan pandangan yang betul pada apa yang anda inginkan.

Rahsia Minda Jutawan mendedahkan apa yang ada dalam minda para jutawan dan mengajar anda bagaimana anda juga boleh mempunyai minda itu dan menjadi pemikir kejayaan diri anda sendiri. Buku ini membolehkan anda menentukan arah dan tujuan hidup anda, menjadikan anda pemenang dan yang penting menjadikan anda pemandu kepada perjalanan hidup anda sendiri.

Jadi, anda perlu mempraktikkan kaedah-kaedah yang dicadangkan di dalam buku ini supaya ada perubahan yang dapat anda kecapi dalam tempoh yang terdekat ini, insya-Allah.

magnet cinta



Magnet Cinta
Zamri Mohamad,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 15.90 / RM 18.90 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 160 halaman



Sinopsis:

Buku yang menghadiahkan kepada pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.

Buku “Magnet Cinta : Membuat Sesiapapun Tertarik Hati Setiap Masa Setiap Waktu” karya Zamri Mohamad menghadiahkan pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.

Buku ini mengandungi 4 bahagian utama, di mana bab pertama memberikan pendedahan tentang cara bagi pasangan menyalurkan rasa hati kepada yang tersayang. Ia mengetengahkan pendekatan dari hati ke hati melalui lisan dan bahasa badan.

Bahagian kedua pula memaparkan konsep kasih sayang, cinta, rindu dan harapan dari perspektif orang lelaki. Seterusnya di bahagian ketiga pembaca dihidangkan dengan panduan-panduan bagaimana orang sekeliling dapat membantu bagi melunakkan hati dan terus-menerus menyintai diri. Kemudiannya bahagian keempat menyenaraikan halangan-halangan yang memungkinkan nilai cinta tidak dapat ditafsir oleh kaum Adam. Ia juga disusuli dengan tip-tip persediaan bagi berhadapan dengan cabaran dan halangan sebelum dan selepas proses 'penaklukan' cinta seorang lelaki.

Apa yang membuatkan buku ini lebih menarik, ia dikupas dan diadun dengan bersandarkan pengalaman, kajian, catatan cerita menarik dan pemerhatian penulis. Paparan kisah-kisah serta cerita-cerita yang menemani pembaca sepanjang penerokaan “Magnet Cinta” mampu memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang isu-isu yang diutarakan. Kata-kata yang berbentuk 'kad-kad cinta' yang menarik turut menghiasi laman pembacaan dan amat praktikal untuk pasangan suami dan isteri.

Tuesday, May 15, 2007

E book Terbaru dari Hafiz Latib!




Kesilapan Usahawan Muda Internet
E book ini melengkapkan pengalaman kita, terutamanya bagi mereka yang baru berjinak2 dalam dunia internet biznes. tak kiralah apa yg kita nak jual dalam internet, atau kita cuma cuba untuk reka page untuk adsense je pun, e book ni insyaAllah akan dapat menolong :)

satu contoh dari bab dalam e book ni:

Kesilapan #1 - Customer
Support


Anda tanyalah apa-apa jenis perniagaan sekalipun, perkara yang paling
penting adalah customer support. Sebelum itu kita berimaginasi sedikit dengan
real life. Anda pergi ke McDonalds, dan anda lihat begitu ramai orang sedang
beratur untuk membuat pesanan. Nak tak nak, anda terpaksa juga beratur walaupun
ada lebih kurang 10 orang sedang beratur di depan anda!

Kemudian datanglah seorang berpakaian orange, memegang pen dan memo pad
menyapa anda bertanyakan meals apa yang anda hendakkan :) Bukan sahaja mereka
mempercepatkan kerja mereka, tetapi melancarkan perjalanan pelanggan dan itulah
salah satu sebab kenapa orang still pergi ke McDonalds walaupun ramai orang!

Customer support is the main priority in all businesses.

Baiklah kita kembali kepada bisnes…

Dapatkan e Book ini sekarang, hari ini juga! Klik di gambar e Book :)

Monday, April 30, 2007

Kamceng Dengan Solat



Kamceng dengan Solat
Mohd Zawawi Yusoh, Siti Hasnah Hamzah,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 192 halaman


Sinopsis:

Chatting berjam-jam boleh, tapi solat lima minit pun dah mengeluh?

Alhamdulillah, tiada sanjungan dan pujian yang berhak diucapkan selain kepada Tuhan yang maha penyayang sehingga tidak membiarkan manusia hidup tanpa petunjuk, nasihat dan peringatan.

Selawat dan salam buat kekasih paling agung yang bertanggungjawab melebarkan dakwah di serata alam, Nabi Muhammad, keluarganya yang mulia, sahabatnya yang tercinta dan pengikutnya yang setia hingga akhir zaman.

Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafaĆ­kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, dapatlah kami menyiapkan buku ini. Buku ini berkisar mengenai persoalan solat yang sering kali berlegar-legar di kepala para remaja. Persoalan yang mungkin sukar ditanya oleh remaja dan dijawab oleh kebanyakan orang. Inilah antara sebab yang mendorong kami terus menulis buku ini.

Solat ibarat makanan ruji bagi makhluk yang hidup. Tanpa makanan, manusia boleh mati. Ia diambil mengikut waktu-waktu yang ditetapkan. Begitu juga dengan solat. Malah, kalau anda fikirkan solat ada kalanya perlu kerap dilakukan. Mengapa terjadi sedemikian? Inilah persoalan yang manusia sering kali alpa. Tujuan pertama manusia dihidupkan di dunia ini adalah beribadah kepada Tuhan. Bukan mengumpulkan kekayaan, kesenangan dan kemasyhuran. Ia adalah wasilah atau jalan mencapai tujuan iaitu mencari keredhaan Tuhan semata-mata.

Buku yang berada di tangan anda sekarang ini diolah dengan cara yang mudah iaitu berbentuk perbualan antara dua sahabat baik. Lebaran demi lebaran diselak, ditatapi dengan penuh khusyuk yang tanpa anda sedari, pelbagai jawapan yang anda peroleh mengenai solat, ibadah yang pertama kali akan ditanya Tuhan pada hari kiamat. Bahkan, rasanya anda tidak ingin berganjak dengan buku ini. Mengapa kita perlu solat? Hanya orang baik sajakah yang boleh solat? Dengan izin Tuhan, anda menemui jawapan yang ingin diketahui apabila anda menyelak halaman dalam buku ini.

Semoga usaha sekecil ini berguna dalam mendidik generasi soleh wa musleh yang akan mewarisi pimpinan berlandaskan Islam pada masa hadapan. Andai terdapat kesalahan dan kesilapan di dalam buku ini, kami mengalu-alukan cadangan dan komentar anda. Semoga buku ini menjadi teman baik anda pada masa lapang.



*Kamceng dengan Solat ialah salah satu buku best seller PTS Millennia.

Saturday, March 31, 2007

My Hero: Back To Boarding School! :)



My Hero
Aizam Aiman,
PTS One Sdn Bhd


Harga: RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3653-37-5
Barcode: 9789833653379
Jumlah Halaman: 176 halaman
Tarikh Terbit: 27 November 2006
Buku ini menceritakan mengenai kehidupan baru Adilah Arifin, seorang pelajar di sekolah berasrama selepas bertemu semula kawan lamanya semasa bersekolah rendah dahulu.
Adilah pada mulanya gagal menyesuaikan diri di sekolah ini, tetapi beliau dibantu oleh rakan barunya Reen dan Izham. Mereka menjadi kawan rapat kemudiannya.
Di sini, Adillah mencipta masalah baru. Hubungannya dengan ibu kandungnya telah menjadi tegang apabila dia mengetahui bapa tirinya adalah bekas tunang gurunya.
Prestasi pelajarannya yang juga mengecewakan membuatkan Adilah bertambah tertekan. Namun, dengan dorongan Mama Zai dan rakan-rakannya, Adilah berusaha mengatasi masalahnya di sekolah itu.
Kepada pembaca yang suka mengenang saat2 manis, suka duka di sekolah menengah berasrama, tak kisahlah MRSM, SBP atau Sekolah Berasrama bawah negeri, jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini! Korang mesti teringat dak yang duduk bawah katil korang, hehe :)

Thursday, March 22, 2007

Panduan Bercinta & Berdating



Panduan Bercinta & Berdating
Ahmad Yusof Ibrahim,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 14.90 / RM 17.90 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 250 halaman


Sinopsis:

"Kupasan cinta cara simple dan perlu dimiliki oleh para remaja.

Razman kata, " Ye, gua memang tangkap cintan dengan awek gua. Minah tu cun."

Nadia pula kata, "Yup, He's the love of my life! Dia loaded!"

Eh, pelik juga saya. Adakah cinta tu semata-mata sebab rupa dan harta? Atau nama? Best ke cam tu? Bukan saya nak cover line, beb. Memanglah saya pun nakkan pasangan yang lawa. Siapa yang tak nak? Tapi, takkan setakat tu? Itu bukan cinta kot, tapi setakat main-main cinta.

Ish, saya tak nak cam tu. Dulu dah pernah kena sekali. Tobat! 'Kawan' saya tu bercinta dengan saya semata-mata sebab saya ada duit. Adoi, tiba-tiba saya kena retrench. Belum sempat apa pun, 'kawan' saya tu dah menghilang. Hampeh!

Korang semua saya tak tahulah. Tapi saya tak nak jadi cam tu lagi. Cinta biar betul. Hati biar ikhlas."

Wednesday, March 21, 2007

Psikologi Ketenangan Hati



Psikologi Ketenangan Hati
Hairunnaja Najmuddin,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 222 halaman


"Isu kegelisahan yang dikupas di dalam buku ini bukanlah suatu isu baru yang belum pernah dibincangkan oleh mana-mana penulis. Kegelisahan adalah perkara yang pernah dilalui oleh setiap orang dalam hidupnya sama ada dia sedari ataupun tidak. Bagi sesetengah orang, kegelisahan mungkin tidak menjadi suatu masalah yang besar kepadanya. Tetapi bagi sesetengah orang lain pula, kegelisahan mungkin merupakan suatu pengalaman yang menyakitkan sehingga mendatangkan gangguan emosi yang serius. Kegelisahan hakikatnya adalah perkara yang tidak dapat dielak oleh seseorang kerana kehidupan seharian menuntutnya berhadapan dengan orang lain, suasana baru, cabaran baru dan lain-lain lagi.

Setiap Muslim dituntut supaya memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT bagi setiap kesulitan dan masalah hidup yang dialaminya. Dalam menangani masalah kegelisahan, al-Quran juga telah memberikan garis panduan yang bersesuaian yang boleh diikuti dan diamalkan oleh setiap orang Muslim dalam kehidupannya sehari-hari. Memandangkan tidak banyak terdapat buku-buku tempatan mengenai pendekatan Islam dalam mencegah dan merawat kegelisahan jiwa, buku ini cuba untuk mengupas dan menerangkan persoalan tersebut dengan pendekatan yang mudah dan dapat difahami oleh masyarakat umum."

Friday, February 09, 2007

akrab dengan tuhan



Akrab dengan Tuhan
Mohd Zawawi Yusoh, Amira Hariyati Ruzaidi,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 14.90 / RM 17.90 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 166 halaman


Karya pertama daripada pemilik Beli Buku Online. Harap dapat diterima dengan baik. Lepas baca, boleh komen di sini. Terus sampai pada saya ;)

anda mampu melakukannya!



Anda Mampu Melakukannya!
Ariff Muazim Abdul Rahman (AMAR)

Harga: RM 19.90


Istimewa kepada peminat² artis nasyid Malaysia, AMAR, ini ialah cenderahati untuk anda, buah tangan dari beliau. Apa lagi hasil kerja AMAR selepas ini ya? Tunggu..!

Untuk baca sinopsis buku, sila klik sini.

kartini kembali



Kartini Kembali
Azhar Ahmad (Tembakau),
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 104 halaman


Kepada semua yang menunggu come back Tembakau, ini ialah peluang terbaik anda untuk terus mengukuti karya beliau. Hubungi kami untuk tempahan.

Wednesday, January 31, 2007

buku untuk dijual

buku² imaduddin onefaith


Mencari Dewasa
Imaduddin Zainal Arifin, PTS Fortuna
Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 336 halaman


Cili Padi
Imaduddin Zainal Arifin, PTS One Sdn Bhd
Harga: RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 192 halaman

boleh diorder melalui pesanan di emel atau tinggalkan pesanan@emel anda di shoutbox dan kami akan menghubungi anda.

Tuesday, January 09, 2007

Pameran Buku2 di LITE 07

Salam :)

kepada semua pelajar dan pengunjung, khasnya dari UIAM, anda dijemput ke pameran buku sempena LITE 07. Pameran ini terletak di foyer ITD, berhampiran masjid UIAM. Pameran berlangsung dari 8 hingga 12 Januari 2007.

Terdapat lebih dari 4 buah gerai yang menjual buku2 terbaru di pasaran, dan juga longgokan buku2 lama, pada harga yang berpatutan.

Kepada para pengunjungg, saya ingin mencadangkan dua buku tulisan Z.A Imad.

buku pertama bertajuk Mencari Dewasa. buku ini adalah sebuah novel, dan ia mengisahkan tentang Samsuri yang mencari erti dewasa dalam kehidupannya, mengharungi masalah2 kehidupan, dan berusaha memahami erti kematangan hidup.

Disamping tulisan yang menarik, kemas dan mudah dibaca, gaya penceritaan Z.A Imad juga tidak janggal untuk dibaca.

buku kedua bertajuk Cili Api. Buku ini juga adalah sebuah novel, dan buku ini adalah prekuel kepada Mencari Dewasa. Cili Api mengisahkan Samsuri sewaktu kanak2nya.

Kedua-dua buku ini diterbitkan oleh PTS, dan dijual pada harga yang berpatutan.

Buku Mencari Dewasa berharga RM 21, manakala Cili Api pula berharga RM 14.

Bagi pengunjung yang tinggal di kawasan berhampiran, anda boleh mendapatkan kedua2 novel ini di gerai kelab remaja Quran (QYC) di ITD foyer, UIAM.

Atau anda juga boleh ke kedai buku berhampiran lokasi anda. namun sekiranya buku2 ini tidak diketemukan, anda boleh membuat bayaran ke dalam akaun bank saya beserta kos penghantaran sebanyak RM6 bagi Semenanjung dan RM 8 bagi Sabah dan Sarawak. untuk pembelian dua buah buku serentak, kos penghantaran adalah RM 10 bagi Semenanjung dan RM 12 untuk Sabah dan Sarawak. untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi saya di
tintamadani@gmail.com.

Selamat Datang!

Salam hikmah dan pertemuan kepada semua. :)

Selamat datang ke mehbelibuku.blogspot.com.
Blog ini akan beroperasi sebagai platform buku.

Pertama, kami menawarkan buku2 yang baru keluar di pasaran, pada harga mampu milik.

Kedua, kami memudahkan jual beli bagi pengunjung2 yang mahu membeli buku2 yang tidak terdapat di lokasi mereka.

ketiga, kami akan berkongsi pendapat dengan pengunjung lain, tentang ulasan pembaca2 yang telah pun membaca buku2 di sini*.

Keempat, pengunjung dialu2kan untuk mencadangkan buku2 yang mereka telahpun selesai membacanya, kepada pengunjung lain.

Kelima, pengunjung juga boleh bertukar2 buku yang mereka miliki dengan pengunjung lain*.

*-tertakluk kepada terma dan peraturan.

Selamat datang sekali lagi, dan nikmati penerokaan Manifestasi Ilham Ilahi untuk Ruh dan Albi! :)