Saturday, March 31, 2007

My Hero: Back To Boarding School! :)



My Hero
Aizam Aiman,
PTS One Sdn Bhd


Harga: RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3653-37-5
Barcode: 9789833653379
Jumlah Halaman: 176 halaman
Tarikh Terbit: 27 November 2006
Buku ini menceritakan mengenai kehidupan baru Adilah Arifin, seorang pelajar di sekolah berasrama selepas bertemu semula kawan lamanya semasa bersekolah rendah dahulu.
Adilah pada mulanya gagal menyesuaikan diri di sekolah ini, tetapi beliau dibantu oleh rakan barunya Reen dan Izham. Mereka menjadi kawan rapat kemudiannya.
Di sini, Adillah mencipta masalah baru. Hubungannya dengan ibu kandungnya telah menjadi tegang apabila dia mengetahui bapa tirinya adalah bekas tunang gurunya.
Prestasi pelajarannya yang juga mengecewakan membuatkan Adilah bertambah tertekan. Namun, dengan dorongan Mama Zai dan rakan-rakannya, Adilah berusaha mengatasi masalahnya di sekolah itu.
Kepada pembaca yang suka mengenang saat2 manis, suka duka di sekolah menengah berasrama, tak kisahlah MRSM, SBP atau Sekolah Berasrama bawah negeri, jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini! Korang mesti teringat dak yang duduk bawah katil korang, hehe :)

Thursday, March 22, 2007

Panduan Bercinta & Berdating



Panduan Bercinta & Berdating
Ahmad Yusof Ibrahim,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 14.90 / RM 17.90 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 250 halaman


Sinopsis:

"Kupasan cinta cara simple dan perlu dimiliki oleh para remaja.

Razman kata, " Ye, gua memang tangkap cintan dengan awek gua. Minah tu cun."

Nadia pula kata, "Yup, He's the love of my life! Dia loaded!"

Eh, pelik juga saya. Adakah cinta tu semata-mata sebab rupa dan harta? Atau nama? Best ke cam tu? Bukan saya nak cover line, beb. Memanglah saya pun nakkan pasangan yang lawa. Siapa yang tak nak? Tapi, takkan setakat tu? Itu bukan cinta kot, tapi setakat main-main cinta.

Ish, saya tak nak cam tu. Dulu dah pernah kena sekali. Tobat! 'Kawan' saya tu bercinta dengan saya semata-mata sebab saya ada duit. Adoi, tiba-tiba saya kena retrench. Belum sempat apa pun, 'kawan' saya tu dah menghilang. Hampeh!

Korang semua saya tak tahulah. Tapi saya tak nak jadi cam tu lagi. Cinta biar betul. Hati biar ikhlas."

Wednesday, March 21, 2007

Psikologi Ketenangan Hati



Psikologi Ketenangan Hati
Hairunnaja Najmuddin,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 222 halaman


"Isu kegelisahan yang dikupas di dalam buku ini bukanlah suatu isu baru yang belum pernah dibincangkan oleh mana-mana penulis. Kegelisahan adalah perkara yang pernah dilalui oleh setiap orang dalam hidupnya sama ada dia sedari ataupun tidak. Bagi sesetengah orang, kegelisahan mungkin tidak menjadi suatu masalah yang besar kepadanya. Tetapi bagi sesetengah orang lain pula, kegelisahan mungkin merupakan suatu pengalaman yang menyakitkan sehingga mendatangkan gangguan emosi yang serius. Kegelisahan hakikatnya adalah perkara yang tidak dapat dielak oleh seseorang kerana kehidupan seharian menuntutnya berhadapan dengan orang lain, suasana baru, cabaran baru dan lain-lain lagi.

Setiap Muslim dituntut supaya memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT bagi setiap kesulitan dan masalah hidup yang dialaminya. Dalam menangani masalah kegelisahan, al-Quran juga telah memberikan garis panduan yang bersesuaian yang boleh diikuti dan diamalkan oleh setiap orang Muslim dalam kehidupannya sehari-hari. Memandangkan tidak banyak terdapat buku-buku tempatan mengenai pendekatan Islam dalam mencegah dan merawat kegelisahan jiwa, buku ini cuba untuk mengupas dan menerangkan persoalan tersebut dengan pendekatan yang mudah dan dapat difahami oleh masyarakat umum."