Wednesday, March 21, 2007

Psikologi Ketenangan Hati



Psikologi Ketenangan Hati
Hairunnaja Najmuddin,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 222 halaman


"Isu kegelisahan yang dikupas di dalam buku ini bukanlah suatu isu baru yang belum pernah dibincangkan oleh mana-mana penulis. Kegelisahan adalah perkara yang pernah dilalui oleh setiap orang dalam hidupnya sama ada dia sedari ataupun tidak. Bagi sesetengah orang, kegelisahan mungkin tidak menjadi suatu masalah yang besar kepadanya. Tetapi bagi sesetengah orang lain pula, kegelisahan mungkin merupakan suatu pengalaman yang menyakitkan sehingga mendatangkan gangguan emosi yang serius. Kegelisahan hakikatnya adalah perkara yang tidak dapat dielak oleh seseorang kerana kehidupan seharian menuntutnya berhadapan dengan orang lain, suasana baru, cabaran baru dan lain-lain lagi.

Setiap Muslim dituntut supaya memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT bagi setiap kesulitan dan masalah hidup yang dialaminya. Dalam menangani masalah kegelisahan, al-Quran juga telah memberikan garis panduan yang bersesuaian yang boleh diikuti dan diamalkan oleh setiap orang Muslim dalam kehidupannya sehari-hari. Memandangkan tidak banyak terdapat buku-buku tempatan mengenai pendekatan Islam dalam mencegah dan merawat kegelisahan jiwa, buku ini cuba untuk mengupas dan menerangkan persoalan tersebut dengan pendekatan yang mudah dan dapat difahami oleh masyarakat umum."

No comments: