Monday, May 21, 2007

magnet cinta



Magnet Cinta
Zamri Mohamad,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 15.90 / RM 18.90 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 160 halaman



Sinopsis:

Buku yang menghadiahkan kepada pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.

Buku “Magnet Cinta : Membuat Sesiapapun Tertarik Hati Setiap Masa Setiap Waktu” karya Zamri Mohamad menghadiahkan pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.

Buku ini mengandungi 4 bahagian utama, di mana bab pertama memberikan pendedahan tentang cara bagi pasangan menyalurkan rasa hati kepada yang tersayang. Ia mengetengahkan pendekatan dari hati ke hati melalui lisan dan bahasa badan.

Bahagian kedua pula memaparkan konsep kasih sayang, cinta, rindu dan harapan dari perspektif orang lelaki. Seterusnya di bahagian ketiga pembaca dihidangkan dengan panduan-panduan bagaimana orang sekeliling dapat membantu bagi melunakkan hati dan terus-menerus menyintai diri. Kemudiannya bahagian keempat menyenaraikan halangan-halangan yang memungkinkan nilai cinta tidak dapat ditafsir oleh kaum Adam. Ia juga disusuli dengan tip-tip persediaan bagi berhadapan dengan cabaran dan halangan sebelum dan selepas proses 'penaklukan' cinta seorang lelaki.

Apa yang membuatkan buku ini lebih menarik, ia dikupas dan diadun dengan bersandarkan pengalaman, kajian, catatan cerita menarik dan pemerhatian penulis. Paparan kisah-kisah serta cerita-cerita yang menemani pembaca sepanjang penerokaan “Magnet Cinta” mampu memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang isu-isu yang diutarakan. Kata-kata yang berbentuk 'kad-kad cinta' yang menarik turut menghiasi laman pembacaan dan amat praktikal untuk pasangan suami dan isteri.

No comments: