Saturday, May 26, 2007

Motivasi Alihan Pelajar



Motivasi Alihan Pelajar
Tengku Asmadi Tengku Mohamad,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 17.50 / RM 20.50 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 272 halaman



Sinopsis:

Buku yang menceritakan semua pengalaman penulis selama lebih 12 tahun mengabdikan diri dalam mengendalikan program Motivasi Alihan Pelajar untuk para pelajar. Ia adalah buah tangan untuk semua. Terutamanya para pelajar yang selama ini tercari-cari rahsia pembelajaran dan kecemerlangan.

Selepas lebih 50,000 pelajar mengikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan selama ini akhirnya saya mengambil keputusan mengabdikan sebahagian daripada pengisian motivasi itu ke dalam buku ini. Apa yang dihidangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman, pengajaran dan pembacaan di mana saya terlibat secara langsung bermula sebagai pensyarah universiti sehingga menjadi perunding motivasi.

Bukan mudah bagi menukar pengalaman kepada bentuk penulisan. Namun begitu saya bersyukur ke hadrat Illahi yang memberikan saya kekuatan, masa dan ilham sehingga memudahkan penulisan buku ini. Saya juga berterima kasih atas sokongan daripada keluarga saya yang memahami dan sama-sama berkorban kerana mahu melihat buku ini berjaya dihasilkan.

Terlalu banyak yang mahu disampaikan. Namun saya memilih bagi memudahkannya supaya para pelajar dapat memahami dan mempraktikkan setiap saranan yang ada di dalam buku ini. Malah sebahagian daripada bahan-bahan ini saya paparkan di laman web www.laman-map.com sejak tahun 1998 lagi. Ramai yang memanfaatkannya dan ada juga yang memuatkannya dalam blog, artikel-artikel dan buku-buku mereka. Sama ada dengan ataupun tanpa kebenaran saya.

Kenapa baru sekarang? Sebab saya percaya apa juga teknik, strategi ataupun pendekatan yang mahu dikongsi-kan lebih bermakna apabila keberkesanannya teruji. Alhamdulillah, setiap strategi serta teknik yang ada dalam buku ini terbukti mampu membantu pelajar cemerlang dalam pelajaran mereka. Setidak-tidaknya cemerlang daripada sudut sahsiah mereka. Ada pelajar sebelum ini yang berada pada kedudukan 40 dalam kelas akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga. Ada pelajar dari kedudukan nombor 28 akhirnya berjaya mendapat tempat pertama. Ada juga semasa peperiksaan percubaan PMR sekadar mendapat 1B, 1C, 4D dan gagal dalam subjek Sains dan Matematik akhirnya mendapat 8A. Ada pelajar yang sederhana pencapaiannya akhirnya berjaya masuk ke universiti. Dan banyak lagi kisah-kisah kecemerlangan mereka yang pernah mendapat manfaat daripada ilmu yang ada di dalam buku ini.

Sekiranya mereka dapat berjaya dengan ilmu yang diperoleh daripada buku ini, saya percaya anda juga boleh. Apa yang penting anda manfaatkan setiap saranan, panduan dan strategi yang saya berikan dan insya-Allah belajar menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.

No comments: