Monday, June 04, 2007

Islam dan Demokrasi



Islam dan Demokrasi
Abdul Hadi Awang,
PTS Islamika

Harga: RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 192 halaman



Sinopsis:

“Tiadalah kami lupakan sesuatu pun di dalam al-kitab, kemudian kepada Tuhan mereka dihimpunkan.”
(Surah al-An'am: 38)

* Bagaimanakah politik daripada kaca mata Islam?
* Wujudkah demokrasi dalam Islam?
* Adakah sama demokrasi barat dan demokrasi Islam?
* Adakah Islam menerima demokrasi sebagai salah satu sistem politik?
* Bagaimanakah pandangan Islam berkaitan dengan pilihan raya?

Ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan. Apatah lagi politik. Bermula dari era kebangkitan dunia barat, konsep demokrasi diperkenalkan. Namun begitu, sejauh manakah ciri-ciri demokrasi yang dipraktikkan kini selari dengan sistem politik Islam yang bermula di Madinah pada tahun 622 Masih?

Buku Islam & Demokrasi cuba mengupas konsep dan aplikasi sistem demokrasi dalam Islam. Antara perkara-perkara utama yang dibincangkan di dalam buku ini adalah:

- Politik dalam Islam
- Pilihan raya daripada kaca mata Islam
- Sistem Sekularisme
- Demokrasi barat dan demokrasi Islam

Thursday, May 31, 2007

15 Teknik Efektif Internet Marketing



15 Teknik Efektif Internet Marketing
Mohd Fuad Abdul Latip,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 25.00 / RM 28.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 256 halaman



Sinopsis:

Semakin ramai yang klik laman web anda, semakin besar peluang anda meraih keuntungan! Tetapi bagaimana kaedah efektif yang dapat menarik perhatian umum mengunjungi laman web anda?

15 Teknik Efektif Internet Marketing dengan cara real time hands on memudahkan pembaca terus mempraktikkan setiap teknik yang dipelajari tanpa perlu membaca keseluruhan buku ini. Disajikan bersama dengan segala maklumat lengkap, teknik komprehensif dan trend terkini bagi mempromosikan laman web.

Usahawan, eksekutif pemasaran, konsultan, pereka laman web dan individu umum pasti mendapat manfaat daripada buku ini kerana ia membantu anda:
- Mempromosi web tanpa membazir masa dan wang
- Menambah pengunjung laman web dengan mudah dan cepat
- Memperluaskan hit pengunjung melangkaui sasaran dan sempadan tempat
- Memasarkan produk, servis dan idea dengan menggunakan newsgroup, mailing lists, e-zines, web rings, affiliate, opt in dan lain-lain lagi
- Memikat pengunjung datang kembali kepada laman web anda

Anda juga berpeluang download banyak bahan maklumat dari laman web penulis dengan menggunakan kata kunci rahsia daripada buku ini. Buku ini dan laman web penulis adalah gabungan yang tiada tandingan!

Laman web: http://www.myorionet.com

Saturday, May 26, 2007

Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian



Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
Dato' Dr. Haron Din, Hassan Din, Ishak Din,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 320 halaman



Sinopsis:

Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.

Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.

Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.

Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:

1.Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan:

Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang?
Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?
Mengapakah kita dimatikan?

2.Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.
3.Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?

Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.

Motivasi Alihan Pelajar



Motivasi Alihan Pelajar
Tengku Asmadi Tengku Mohamad,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 17.50 / RM 20.50 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 272 halaman



Sinopsis:

Buku yang menceritakan semua pengalaman penulis selama lebih 12 tahun mengabdikan diri dalam mengendalikan program Motivasi Alihan Pelajar untuk para pelajar. Ia adalah buah tangan untuk semua. Terutamanya para pelajar yang selama ini tercari-cari rahsia pembelajaran dan kecemerlangan.

Selepas lebih 50,000 pelajar mengikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan selama ini akhirnya saya mengambil keputusan mengabdikan sebahagian daripada pengisian motivasi itu ke dalam buku ini. Apa yang dihidangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman, pengajaran dan pembacaan di mana saya terlibat secara langsung bermula sebagai pensyarah universiti sehingga menjadi perunding motivasi.

Bukan mudah bagi menukar pengalaman kepada bentuk penulisan. Namun begitu saya bersyukur ke hadrat Illahi yang memberikan saya kekuatan, masa dan ilham sehingga memudahkan penulisan buku ini. Saya juga berterima kasih atas sokongan daripada keluarga saya yang memahami dan sama-sama berkorban kerana mahu melihat buku ini berjaya dihasilkan.

Terlalu banyak yang mahu disampaikan. Namun saya memilih bagi memudahkannya supaya para pelajar dapat memahami dan mempraktikkan setiap saranan yang ada di dalam buku ini. Malah sebahagian daripada bahan-bahan ini saya paparkan di laman web www.laman-map.com sejak tahun 1998 lagi. Ramai yang memanfaatkannya dan ada juga yang memuatkannya dalam blog, artikel-artikel dan buku-buku mereka. Sama ada dengan ataupun tanpa kebenaran saya.

Kenapa baru sekarang? Sebab saya percaya apa juga teknik, strategi ataupun pendekatan yang mahu dikongsi-kan lebih bermakna apabila keberkesanannya teruji. Alhamdulillah, setiap strategi serta teknik yang ada dalam buku ini terbukti mampu membantu pelajar cemerlang dalam pelajaran mereka. Setidak-tidaknya cemerlang daripada sudut sahsiah mereka. Ada pelajar sebelum ini yang berada pada kedudukan 40 dalam kelas akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga. Ada pelajar dari kedudukan nombor 28 akhirnya berjaya mendapat tempat pertama. Ada juga semasa peperiksaan percubaan PMR sekadar mendapat 1B, 1C, 4D dan gagal dalam subjek Sains dan Matematik akhirnya mendapat 8A. Ada pelajar yang sederhana pencapaiannya akhirnya berjaya masuk ke universiti. Dan banyak lagi kisah-kisah kecemerlangan mereka yang pernah mendapat manfaat daripada ilmu yang ada di dalam buku ini.

Sekiranya mereka dapat berjaya dengan ilmu yang diperoleh daripada buku ini, saya percaya anda juga boleh. Apa yang penting anda manfaatkan setiap saranan, panduan dan strategi yang saya berikan dan insya-Allah belajar menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Monday, May 21, 2007

rahsia minda jutawan



Rahsia Minda Jutawan
Amar Mahmood,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 150 halaman



Sinopsis:

Buku ini untuk mereka yang ingin membebaskan diri daripada masalah dan kesempitan wang, kesukaran mendapatkan wang dan sentiasa mengalami kegagalan dalam usaha mendapatkan kekayaan dalam kehidupan.

Ia menunjukkan yang anda melaburkan masa dan wang bagi mengetahui dan ingin menggunakan rahsia yang terdapat dalam minda mereka yang berjaya.

Sebenarnya, ramai orang yang tidak begitu yakin menjadi kaya. Saya dapati terdapat pelbagai bengkel yang menyediakan ataupun dijalankan bagi mengajar asas-asas perniagaan, pengurusan kewangan, aspek perakaunan, dan pelbagai lagi pelajaran yang diajar bagi menjadi pemimpin ataupun ketua yang baik.

Bagaimanapun, tidak terdapat modul yang memberi penumpuan pada persediaan ataupun penjanaan minda supaya peserta mempunyai minda yakin bagi berjaya, dan fokus dalam mengejar matlamat perniagaan mereka.

Masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu masih terkebelakang dalam memahami ataupun menggunakan kekuatan minda bagi berjaya ataupun mencapai kekayaan. Program motivasi dan konsep-konsep psikologi yang dianjurkan masih banyak berbentuk membakar semangat perjuangan supaya berjaya (ibarat ubat perangsang) tetapi kurang adaptasi ataupun disiplin yang perlu diamalkan bagi membentuk minda yang betul dalam memulakan langkah-langkah bagi berjaya.

Oleh itu, buku ini bukan hanya memotivasikan ataupun merangsang minda anda supaya menjadi kaya, tetapi ia membuka minda anda.

Saya menerangkan langkah pertama supaya anda berjaya membuat anjakan paradigma supaya anda sentiasa berfikiran positif, berkeyakinan, berfikiran besar dan sentiasa percaya yang kejayaan dan kekayaan itu sebenarnya dekat dalam diri anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah mempraktikkan kaedah-kaedah yang diamalkan oleh jutawan dunia ataupun orang yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Saya tidak menerangkan cara-cara memperoleh kekayaan secara fizikal. Sekiranya itu yang anda cari, saya menggalakkan anda berhenti daripada membaca buku ini dan anda perlu mencari buku-buku pelaburan ataupun kewangan yang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Sebaliknya, buku ini membincangkan kaedah menjadi jutawan dengan cara yang halus.

Saya ingin berkongsi pengetahuan ini dengan tujuan ingin mengubah minda mereka yang sentiasa kecewa dengan apa yang dihadapi, gagal dalam usaha mencapai matlamat dan miskin dengan pengetahuan menjadi lebih berjaya dan berani menjadi orang kaya. Bagi mereka yang berjaya, buku ini menjadikan anda lebih yakin dalam mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Kaedah yang terdapat di dalam buku ini adalah pelajaran ataupun langkah-langkah yang perlu anda ambil bagi mencapai matlamat. Selepas anda berjaya membentuk langkah yang betul, langkah-langkah yang lain menjadi lebih mudah dan lancar tanpa anda duga. Ini kerana anda mempunyai persepsi dan pandangan yang betul pada apa yang anda inginkan.

Rahsia Minda Jutawan mendedahkan apa yang ada dalam minda para jutawan dan mengajar anda bagaimana anda juga boleh mempunyai minda itu dan menjadi pemikir kejayaan diri anda sendiri. Buku ini membolehkan anda menentukan arah dan tujuan hidup anda, menjadikan anda pemenang dan yang penting menjadikan anda pemandu kepada perjalanan hidup anda sendiri.

Jadi, anda perlu mempraktikkan kaedah-kaedah yang dicadangkan di dalam buku ini supaya ada perubahan yang dapat anda kecapi dalam tempoh yang terdekat ini, insya-Allah.